Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk
atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan
kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca
tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca
karangan itu.
Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat
ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan
mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan
karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:
Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda.
Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi
logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar,
ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan
popular ialah:
- Apa?
- Siapa?
- Bila?
- Mengapa?
- Di mana?
- Bagaimana?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada
pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu
karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau
tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karanganB.
Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai
empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan
masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan
lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan.
Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan
berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin
sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana
sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang
daripada perenggan yang lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan
menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak
ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak,
kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah,
rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan
dari pengalaman sendiri.
Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan
yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
No comments:
Post a Comment