Ads 468x60px

Sunday 11 November 2012

IPGKIK tawar pakar mantapkan MBMMBI


ru diberi latihan tingkat kemahiran berbahasa 

SEJAJAR pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, Kuala Lumpur, menawarkan kepakaran melatih guru untuk bersedia menjayakan dasar itu. 
Ketua Unit, Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, IPGKIK, Kalsom Badros, berkata pihaknya berjaya melaksanakan kursus dengan masing-masing 11 kursus Memartabat Bahasa Malaysia (MBM) dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) (26), setahun. Sepanjang tempoh berkenaan juga, beliau berkata latihan disertai 273 guru MBM dan 190 guru (MBI). 

Pelaksanaan itu katanya, adalah sebahagian daripada program berterusan dalam usaha memberi peluang guru menghadiri kursus jangka pendek di Institut Pendidikan Guru (IPG). 

“Guru dilatih secara berperingkat bagi memantapkan pengetahuan pedagogi dan kemahiran berbahasa. 

“Setiap kursus mengambil masa tiga hari dan masing-masing mendapat bimbingan pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris,” katanya. 
Kalsom berkata, bagi modul kursus MBI guru dilatih melalui antara tiga hingga empat fasa iaitu English Proficiency for English Language Teacher’ (EPLT) dan `Pedagogy Enhancement for English Language Teacher’ (PEELT). 

Beliau berkata, IPGKIK bekerjasama dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan merancang dan menyediakan kursus relevan dengan keperluan semasa. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPGKIK, Normah Mohamad, berkata bagi menjayakan dasar itu, pihaknya juga menawarkan 11 kursus setahun. 

Pengisian kursus katanya, membabitkan guru peringkat rendah dan menengah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. 

Beliau berkata, antara kursus dilaksanakan ialah Pemantapan Tatabahasa, Teknik Bercerita Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia, Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan E-Kamus serta Kreativiti dan Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia. 

Selain itu katanya, Kursus Pembelajaran Berpusatkan Murid, Kursus Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan, serta Kursus Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia turut diadakan. 

“Setiap kursus dikendalikan tiga pensyarah sebagai fasilitator mengikut kepakaran masing-masing dengan setiap kursus dibekalkan modul latihan sebagai rujukan dan panduan,” katanya. 

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi, Kuala Lumpur, Abdul Raof Marzuki, berkata dia bangga kerana berpeluang menyertai program yang boleh dimanfaatkan untuk menjayakan proses pengajaran secara berkesan. 

Beliau berkata, kursus seperti ini boleh menyegarkan kembali idea melaksanakan pengajaran dan yang penting dia mendapat strategi, pendekatan, kaedah dan teknik terbaru untuk dimanfaatkan pelajar. 

No comments:

Post a Comment