Ads 468x60px

Sunday 11 November 2012

Hormati keputusan kerajaan perkenalkan dasar MBMMBI


KUALA LUMPUR 29 Okt. – Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus dihormati dan diterima baik semua pihak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

"Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.

"Pada hari ini, kita tahu sesetengah guru bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap... jadi kalau sesetengah sekolah nak bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan. – Bernama



No comments:

Post a Comment