Ads 468x60px

Saturday 10 November 2012

Komsas


Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen sastera'. Komsas merupakan komponen dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pelajar Tingkatan 1 - 5 di di semua sekolah menengah.

Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan sebuah antologi. Apabila sampai ke tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku.

Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia - tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat, panjang dan hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM. Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa markah 10 % sahaja.

Antologi pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden dan puisi klasik , cerpen , sedutan teks klasik dan drama. Komsas dilihat sebagai alternatif kepada subjek Sastera di tingkatan 4 dan 5 sebelum ini. Tidak ramai pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan terutama sekali pelajar aliran sains. Sedangkan membaca bahan sastera dapat membina kecekapan berbahasa dan membina kualiti minda dan keinsanan. Buku Komsas diberi percuma melalui Skim Pinjaman Buku Teks kepada mereka yang layak sahaja. Dalam subjek bahasa Inggeris juga terdapat buku Komsas. Mulai tahun 2008, semua pelajar diberi buku teks percuma ini tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Setiap novel dan antologi yang terpilih akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan lain-lain penerbit. Biasanya diterbitkan oleh DBP . DBP juga menerbitkan semua buku teks bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Penerbit lain diberi peluang menerbitkan buku-buku teks bagi subjek yang lain.

Penulis akan diberi royalti sekiranya novel mereka terpilih. Jutaan naskah diterbitkan setiap tahun. Di sinilah bantahan dari pelbagai penulis bermula. Apalah hebatnya menjadi Sasterawan Negara jika novel mereka tidak terpilih sebagai buku teks Komsas, lebih baik sekadar penulis muda biasa-biasa sahaja.[1] Panel penilai dari Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pelajaran membahagikan buku-buku Komsas ini kepada beberapa zon. Setiap zon dibekalkan dengan beberapa buku komsas yang berlainan.

Buku komsas untuk peringkat PMR ialah :
Novel Tahap PMR(lama):
  • Meniti Kaca
  • Anak Din Biola
  • Aku Anak Timur
  • Limpahan Darah di Sungai Semur
  • Pahlawan Pasir Salak
  • Timulak Kapal Perang
  • Tragedi Empat Disember
  • Kapten Hassan Wira Bangsa
  • Panas Salju
  • Ekspedisi
  • Kanang: Cerita Seorang Pahlawan
  • Merdeka! Merdeka!
  • Hikmah

Antologi Tahap PMR(lama):
  • Sehijau Warna Daun
  • Seuntai Kata Untuk Dirasa
  • Anak Bumi Tercinta
  • Kasut Kelopak Jantung

Novel Tahap PMR(baru):
  • Hikmah Zon 1 Ting 1
  • Sukar Membawa Tuah Zon 2 Ting 1
  • Bukan Duniaku Zon 3 Ting 1
  • Istana Menanti Zon 4 Ting 1
  • Erti Sebuah Pengorbanan Zon 1 Ting 2
  • Wira Pesona Avatari Zon 2 Ting 2
  • Lestari Bukit Menghijau Zon 3 Ting 2
  • Di Sebalik Wajah Zon 4 Ting 2
  • 6:20 Zon 1 Ting 3
  • Merenang Gelora Zon 2 Ting 3
  • Cempaka Putih Untukmu Zon 3 Ting 3

Antologi Tahap PMR(baru):
  1. Kasut Kelopak Jantung Ting 1
  2. Gema Sepi Gadis Genius Ting 2
  3. Harga Sebuah Lukisan Ting 3
  4. Peringkat SPM(lama):
  5. Papa ... Akhirnya Kau Tewas Jua

No comments:

Post a Comment