Ads 468x60px

Featured Posts

Sunday 18 November 2012

Seuntai Kata Dari Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK Lok Heng Selatan



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Pertamanya, setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada PPD Kota Tinggi dan pihak yang terlibat dalam usaha menganjurkan Program MBMMBI ini di sekolah. 

Usaha ini dilihat sebagai usaha berterusan untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan memartabatkan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah. Penerapan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti berunsurkan bahasa ini dapat membantu memupuk penggunaan bahasa ibunda dalam aktiviti seharian dan membekalkan diri dengan kemahiran Bahasa Inggeris agar dapat mempersiapkan diri menghadapi cabaran dunia luar yang serba mencabar kini.

Saya berharap agar usaha seperti ini akan menjadi rutin tahunan untuk mengisi aktiviti guru-guru di sekolah dalam usaha meningkatkan profesionlisme keguruan di negara ini.

Seuntai Kata Dari Guru Besar SK Lok Heng Selatan



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Tuan-tuan  dan Puan-puan  yang dihormati

Pertamanya mari kita sama-sama memanjatkan kesyukuran  kepada Allah SWT kerana  memberikan kepada saya ruang untuk saya menukilkan idea mengenai MBMMBI di dalam blog ini. Pembaca yang dimuliakan,Falsafah Pendidikan  Kebangsaan  adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan  lagi potensi individu  secara menyeluruh  danbersepadu untuk mewujudkan  insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi  dan jasmani berdasarkan  kepercayaan  dan kepatuhan  kepada Tuhan. Usaha ini adalah  bagi melahirkan  rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab  dan berkeupayaan  mencapai kesejahteraan  diri serta memberi sumbangan  terhadap keharmonian  dan
kemakmuran  keluarga,masyarakat  dan Negara.

Bagi mencapai hasrat murni di atas pihak Kementerian  PelajaranMalaysia telah mengaris Dasar-dasar  penting bagi menjayakannya.Dasar-dasar  ini dibina mengikut perkembangan  dan peredaran  semasa.Sebelum  itu, elok rasanya kita mengetahui  apakah visi dan misi utama pihak Kementerian  Pelajaran Malaysia.Visi Kementerian  adalah SEKOLAH UNGGUL  PENJANA GENERASI TERBILANG  mana kala misinya pula, MEMBANGUN  POTENSI INDIVIDU  MELALUI  PENDIDIKAN  BERKUALITI.Selepas berakhirnya  Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan  (PIPP)  2006-2010 pihak Kementerian  Pelajaran Malaysia telah banyakmemperkenalkan  dasar-dasar  baru bagi memantapkan  lagi program sedia ada.Pengenalan  Dasar NKRA Pendidikan menumpukan perhatian kepada 4 sub-NKRA bagi meluaskan  lagi akses kepada pendidikan  berkualiti  dan berkemampuan.

Kepimpinan sekolah ,pihak Jabatan Pelajaran juga tidak ketinggalan pihak Kerajaan  Negeri yang sentiasa komited dan memberikan sokongan  padu memastikan  pendidikan  sentiasa menuju kepada
matlamat  diidamkan.

Pembaca yang dihormati,Kementerian  Pelajaran Malaysia  juga telah menambah beberapa dasar penting bagi memartabatkan  bidang pendidikan  di Negara ini.Antara  dasar-dasar  baru yang dikenalkan  adalah:

KSSR yang dimulai pada 2011
MBMMBI  dijalankan  bagi menggantikan  PPSMI
l Murid 1 Sukan
PBS
KSSM yang akan dimulakan  pada 2013

MBMMBI adalah singkatan  kepada Memartabatkan  Bahasa Malaysia Memperkukuh  Bahasa Inggeris. Dasar  ini dijalankan  bagi menggantikan  program yang pada suatu masa dahulu  dikenali  dengan PPSMl. Pengenalan  dasar baru ini tidak dijalankan  secara  drastik tetapi secara ansur-ansur  atau diistilahkan  softlanding.

Sokongan dan keperihatinan  dalam memartabatkan  institusi  pendidikan di sekolah ini.Segala-gala  terletak  di tangan para pendidik,mengemudi,menjadi  pelopor,  dan pencetus  serta penjana transformasi pendidikan  Negara. Bidang koakademik  dan aktiviti kokurikulum  telah menaikkan  nama negeri di pesada antarabangsa  pada akhir tahun lalu.Tahniah  dan Syabas kepada semua pihak yang menjelmakan  kejayaan  cemerlang  dan manis ini.

Sesungguhnya usaha mesti diteruskan  untuk kejayaan  lebih cemerlang pada masa hadapan.Azam  kita ialah sedaya upaya memanfaat  segala ilmu dalam dada dan mengemblengkansegala  tenaga dan sumber  yang diperuntukkan  oleh kerajaan  kepada kita demi merakyatkan kecemerlangan  kesegenap pelosok Negara merentasi  daerah, negeri dan wilayah.

Sekian,
Terima kasih

Seuntai Kata Dari Blogger MBMMBI SKLHS



Selamat datang ke laman blog MBMMBI Sekolah Kebangsaan Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor

Laman portal ini di wujudkan untuk menghubungkan pihak pentadbiran sekolah dengan guru, murid, ibubapa dan juga pihak luar.

Pihak pentadbiran sekolah akan berusaha mengemaskini maklumat mengenai aktiviti aktiviti berkaitan sekolah serta hebahan hebahan lain untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi antara warga sekolah secara amnya.

Ibubapa boleh ikut kami samada melalui fanpage Facebook melalui carian MBMMBI SK Lok Heng Selatan pada kekunci anda.

Saya berharap semoga dengan kemudahan portal Web Blog ini dapat di gunakan sebaik mungkin oleh semua warga sekolah untuk kepentingan dan kemajuan sekolah ini .

Sekian. Terima Kasih

Seuntai Kata Dari Ketua Panitia Bahasa Melayu



Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kita diketemukan. Sesungguhnya pendidikan adalah jentera utama Negara yang memikul amanah suci membina bangsa 1 Malaysia. Bangsa 1 Malaysia yang wajahnya telah digarapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Setiap warga pendidik di sekolah ini bertanggungjawab menjulang dan membangunkan SK Gembut menjadi sebuah organisasi yang akan melahirkan anak bangsa yang berupaya menyempurnakan agenda pengisian wawasan pendidikan dan semakin dihargai dan diyakini oleh ibubapa dan masyarakat.

Setiap guru wajib menjalankan tugas Kurikulum, HEM dan Kokuriklum di samping berperanan memantapkan sahsiah pelajar dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran.

Dalam menempuh dunia pendidikan yang semakin maju dan mencabar ini, guru-guru perlu melengkapkan diri dan membuka minda untuk menerima pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perubahan dan perkembangan pesat dunia pendidikan masa kini. 

Amalkan budaya kerja sepasukan dan sentiasa berinteraksi serta berkomunikasi dengan baik dan berhemah kepada semua lapisan murid, ibu bapa, rakan sekerja, Guru Penasihat, Guru-Guru Penolong Kanan dan Guru Besar. Guru yang kreatif dan proaktif akan sentiasa mampu memberi alternatif penyelesaian kepada sebarang persoalan dan masalah.

Dengan kewujudan blog MBMMBI SK Lok Heng Selatan diharapkan dapat menjadi wadah intelektual bagi menghubungkan warga pendidik SKLHS amnya.

Sekian. Wassalam.
Selamat Menjalankan Tugas

Seuntai Kata Dari GPK Koko



Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris merupakan dasar untuk membangunkan potensi modal insan demi mencapai perpaduan negara dan berdaya saing dalam dunia.

SK Lok Heng Selatan merupakan sebuah sekolah yang terletak di luar bandar. Kami sebagai warga pendidik memegang amanah dan bertanggungjawab penuh untuk mendidik anak-anak murid kita agar menjadi seorang insan yang berkeupayaan demi menghadapi cabaran hidup pada masa hadapan berpadukan rasional MBMMBI.

Sehubungan dengan ini, kami telah mewujudkan satu pasukan guru  yang profesional, bersifat kolaborasi, berkomitmen untuk melaksanakan MBMMBI untuk kejayaan negara dalam mencapai Wawasan 2020.

Kerjasama dari ibu bapa dan ahli komuniti setempat  amat perlu untuk menjayakan segala rancangan dan program sekolah dalam pengurusan MBMMBI. Berharap dengan visi dan misi yang sehala kami boleh merealisasikan matlamat yang ditetapkan.

Seuntai Kata Dari GPK HEM



Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada jawatankuasa MBMMBI SK Lok Heng Selatan atas usaha merealisasikan Laman Blog Citra MBMMBI sekolah ini.

Dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pendidik amat penting. Pembentukan keperibadian murid yang mampu berdaya saing dalam era teknologi maklumat dan globalisasi, menjadikan peranan pendidik semakin mencabar. Justeru, sudah seharusnya para pendidik khususnya di SKLHS ini memperlengkap diri dengan pelbagai pengetahuan, berdaya juang yang tinggi di samping berkemahiran mendepani cabaran.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laman blog ini. Semoga segala usaha murni, tenaga dan komitmen yang dicurahkan dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasa bahasa Inggeris dalam kalangan warga SKLHS.

Seindah Ucapan Dari GPK 1



Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Saya merakamkan ucapan syabas kepada jawatankuasa MBMMBI sekolah ini atas usaha dan amanah untuk menjayakan program MBMMBI. Saya penuh yakin dan percaya, komitmen dan iltizam yang tinggi dalam kalangan jawatankuasa MBMMBI sekolah ini akan tercetus pelbagai usaha dan perancangan yang penuh bermakna dan terperinci bagi memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasa bahas Inggeris murid-murid di SK Lok Heng Selatan

Dengan adanya sumbangan, bantuan dan pendapat daripada guru-guru SKLHS, pihak PIBG SKLHS dan ibu bapa, segala perancangan MBMMBI akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Perancangan dan pelaksanaan progarm MBMMBI haruslah seiring dan seimbang agar dapat menjamin kecemerlangan yang berkesan dan berterusan selaras dengan visi dan misi SKLHS.

Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih dan selamat berkongsi maklumat.