Ads 468x60px

Sunday 18 November 2012

Seuntai Kata Dari Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK Lok Heng Selatan



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Pertamanya, setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada PPD Kota Tinggi dan pihak yang terlibat dalam usaha menganjurkan Program MBMMBI ini di sekolah. 

Usaha ini dilihat sebagai usaha berterusan untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan memartabatkan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah. Penerapan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti berunsurkan bahasa ini dapat membantu memupuk penggunaan bahasa ibunda dalam aktiviti seharian dan membekalkan diri dengan kemahiran Bahasa Inggeris agar dapat mempersiapkan diri menghadapi cabaran dunia luar yang serba mencabar kini.

Saya berharap agar usaha seperti ini akan menjadi rutin tahunan untuk mengisi aktiviti guru-guru di sekolah dalam usaha meningkatkan profesionlisme keguruan di negara ini.

1 comment:

  1. Assalam,

    Cikgu, betul ke makna MBMMBI tu memperkasakan Bahasa Melayu dan memartabatkan Bahasa Inggeris? Sila semak semula ya supaya tidak mengelirukan. Terima kasih

    ReplyDelete