Ads 468x60px

Saturday 10 November 2012

Panduan Sistem Bahasa 4


KESALAHAN UMUM TATABAHASA
Kata Kerja   
1. Ada dua jenis kata kerja:
    a. kata kerja transitif
    b. kata kerja intransitif atau tak taransitif

2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
  • kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
  • kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
  • kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
  • kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
  • kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
  • Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, mintadan mohon) mesti berawalan men-
    a. buang sampah ( salah )
        membuang sampah ( betul )
    b. goring ikan ( salah )
        menggoreng ikan ( betul )

4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…iberbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
    Contoh:
SALAH
BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak.
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.
Sampah sarap mengotorkanTaman Tasik Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
Sampah sarap mengotoriTaman Tasik Taiping.
Yatie menasihati saya agar rajin belajar.

5.      Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
  • Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
  • Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
  • Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
  • Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)

6.      Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh:
     -   tanya kepada Hamidah ( salah )
         bertanya kepada Hamidah ( betul )
     -  jangan lompat ( salah )
         jangan melompat ( betul )
     -   senyum kepada Kartina ( salah )
         tersenyum kepada Kartina ( betul )





KESALAHAN UMUM TATABAHASA
Kata Hubung
1.      Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
  • Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
  • Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
  • Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
2.      Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.
3.      Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bilasedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.

Contoh:
·        Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )·        Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )·        Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )·        Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )·        Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )










KESALAHAN UMUM TATABAHASA

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat

1.  adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.  
     Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.

SALAH
BETUL
Apakah benar kata-katamu itu?
Apakah dia menangis?
Apakah aku bersalah?
Adakah benar kata-katamu itu?
Adakah dia menangis?
Adakah aku bersalah?

2.  boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
     Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.

SALAH
BETUL
Syimir sudah bolehmenunggang kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana demam.
Kami tidak boleh datang kerana hujan.
Syimir sudah dapatmenunggang kuda.
Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak dapat datang kerana hujan.










3.   bukan dan tidakBukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerjamenjadi predikat.

SALAH
BETUL
Cincin ini bukan cantik.
Kami bukan membaca buku.
Basikal ini bukan mahal.
Saya bukan duduk di situ.
Cincin ini tidak cantik.
Kami tidak membaca buku.
Basikal ini tidak mahal.
Saya tidak duduk di situ.

4.  pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.

SALAH
BETUL
Kawasan pendalaman  itu akan dimajukan.
Beberapa kawasanpendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.
Beberapa kawasanpedalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.





KESALAHAN UMUM TATABAHASA

Kesalahan Dari Segi Frasa
Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)

1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
·        pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
·        Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
·        Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
·        Penggunaan kata yang mendukung makna jamakseperti rakyat.

2.  Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:

·        dua biji telur
·        semua murid
·        para pendidik
·        pelbagai acara
·        segala haiwan
·        sekalian penduduk
·        seluruh kawasan

3.  Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:
·        Lukisan itu cantik-cantik belaka.
·        Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
·        Ayam di situ gemuk-gemuk.
·        Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
·        Gadis di sini cantik-cantik.
·        Kuih itu sedap-sedap rasanya.
·        Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
·        Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.

4.  Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:
·        D beerti unsur yang diterangkan
·        M beerti unsur yang menerangkan
      Contoh:

SALAH
BETUL
lain-lain hal
Nani Kedai Roti
goreng cempedak
Maggi mi
tomato sos
mini bas
mini taman
hal-hal lain
Kedai Roti Nani
cempedak goring
mi Maggi
sos tomato
bas mini
taman mini

5. Frasa Adjektif
·        Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
·        Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling.
·        Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.
Contoh:

SALAH
BETUL
Bangunan itu tertinggi.
Nani terpandai.
Orang itu terkuat.
Bangunan itu paling tinggi.
Nani paling pandai.
Orang itu paling kuat

·        Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai 
penerang, kata penguat tidak diperlukan.
Contoh:  Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
               Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
               Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )
               Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
               Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
               Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
·        Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh:

SALAH
BETUL
Buah langsat ini sangat manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal sekali.
Sungguh indah nianpemandangan di situ.
Buah langsat ini manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal.
Sungguh indahpemandangan di situ.

·        Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:

SALAH
BETUL
Budak itu tidak suka durian.
Nora sangat takut anjing.
Nani sangat gemar filem Hindustan.
Mereka tidak perlu pertolongan kami.
Saya benci sikapnya itu.
Budak itu tidak suka akan durian.
Nora sangat takut akan anjing.
Nani sangat gemar akan filem Hindustan.
Mereka tidak perlu akan pertolongan kami.
Saya benci akan sikapnyaitu.

6. Frasa Kerja Intransitif
·        Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
·        Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif  sebagai kata utamanya.
·        Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.

SALAH
BETUL
berlandaskan pada undang-undang
berbantalkan dengan lengan
berpandukan pada kamus
beratapkan dengan langit
bertilamkan dengan rumput
berlandaskan undang-undang
berbantalkan lengan
berpandukan kamus
beratapkan langit
bertilamkan rumput

  • Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendiapabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh:
SALAH
BETUL
Kamu mesti ingat janji-janjimu
Kakak tidak mahu tidur sini.
Beliau akan datang kampung ini.
Nani ingin berjumpa cikgu.
Saya ingin bertemu gadis itu.
Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.
Kakak tidak mahu tidur di sini.
Beliau akan datang ke kampung ini.
Nani ingin berjumpa dengan cikgu.
Saya ingin bertemu dengan gadis itu.
Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.

Frasa Kerja Transitif
  • Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagaiobjek kepada kata kerja transitif itu.
  • Di antara kata kerja transitif  dengan frasa namasebagai objek itu, kata-kata lain tidak bolehdisisipkan.
SALAH
BETUL
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu.
Nora tidak mengetahui akan hal itu.
Kami membincangkan tentang masalah itu.
Mereka melebarkan lagi jalan itu.
Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan tentang perjuanganmenentang penjajah.
Beliau turut menyentuh perkara itu.
Nora tidak mengetahui hal itu.
Kami membincangkan masalah itu.
Mereka melebarkan jalan itu lagi.
Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah.

Frasa Kerja Pasif
1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagaipredikat dalam ayat pasif.

2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
·        frasa kerja pasif diri pertama
·        frasa kerja pasif diri kedua
·        frasa kerja pasif diri ketiga

3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.

4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamudan sebagainya.

5.      Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti olehfrasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.

6.      Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

SALAH
BETUL
diambil olehku
dibuang oleh kami
disimpan oleh kita
dihantar oleh saya
dilaksanakan oleh patik
diburu oleh hamba
kuambil
kami buang
kita simpan
saya hantar
patik laksanakan
hamba buru

7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan  dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

SALAH
BETUL
ditanya oleh anda
diberikan oleh engkau
dibeli oleh kamu
dikirim oleh awak
diperintahkan oleh tuanku
dibersihkan oleh kalian
anda Tanya
engkau berikan
kamu beli
awak kirim
tuanku perintahkan
kalian bersihkan

8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.
    
SALAH
BETUL
beliau tulis
dia kumpulkan
mereka kutip
baginda rasmikan
ia bersihkan
ditulis oleh beliau
dikumpulkan olehnya
dikutip oleh mereka
dirasmikan oleh baginda
dibersihkan olehnya

8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.

SALAH
BETUL
kami akan atasi
kita perlu tolong
saya sudah kirim
hamba akan khabarkan
patik belum laksanakan
anda mesti edarkan
engkau telah baca
kamu akan baiki
awak mesti  siapkan
kalian harus bereskan
akan kami atasi
perlu kita tolong
sudah saya kirim
akan hamba khabarkan
belum patik laksanakan
mesti anda edarkan
telah engkau baca
akan kamu baiki
mesti awak siapkan
harus kalian bereskan

No comments:

Post a Comment