Apa itu MBMMBI | Peranan guru dalam melaksanakan dasar
MBMMBI
Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa
Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggerisadalah fokus utama bagi pendidikan
bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan dilaksanakan dengan
lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang menjadi teras kejayaan MBMMBI
ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI.
Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI
Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru
dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahulu definisi
MBMMBI ini.
Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada
tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan
seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa
Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta
Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa
ilmu di
peringkat nasional dan antarabangsa.
Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
- Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas
kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang
dan holistik menerusi modul P&P.
- Asas Berbahasa (Basics To Basics) –
Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik.
Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh
melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni
bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan
dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
- Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan
menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai
kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan
seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian
maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
- Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum –
Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan
menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa
pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia
itu sendiri.
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan
teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web
dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan.
Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta
menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar
serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari
maklumat tentang Bahasa Malaysia.
- Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam
Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah , Bacaan Awal
Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan
supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
- Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata
pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti
dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan
profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini
ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan
luar negara.
- Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada
aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan
dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal
bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.
- Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah
karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui
cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat
dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan
masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap
dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti
negara bangsa.
- Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti
Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara
lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti
luar negara.
- Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti
pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam
Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat
masuk.
No comments:
Post a Comment