Ads 468x60px

Sunday 18 November 2012

Seuntai Kata Dari Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK Lok Heng Selatan



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Pertamanya, setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada PPD Kota Tinggi dan pihak yang terlibat dalam usaha menganjurkan Program MBMMBI ini di sekolah. 

Usaha ini dilihat sebagai usaha berterusan untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan memartabatkan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah. Penerapan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti berunsurkan bahasa ini dapat membantu memupuk penggunaan bahasa ibunda dalam aktiviti seharian dan membekalkan diri dengan kemahiran Bahasa Inggeris agar dapat mempersiapkan diri menghadapi cabaran dunia luar yang serba mencabar kini.

Saya berharap agar usaha seperti ini akan menjadi rutin tahunan untuk mengisi aktiviti guru-guru di sekolah dalam usaha meningkatkan profesionlisme keguruan di negara ini.

Seuntai Kata Dari Guru Besar SK Lok Heng Selatan



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Tuan-tuan  dan Puan-puan  yang dihormati

Pertamanya mari kita sama-sama memanjatkan kesyukuran  kepada Allah SWT kerana  memberikan kepada saya ruang untuk saya menukilkan idea mengenai MBMMBI di dalam blog ini. Pembaca yang dimuliakan,Falsafah Pendidikan  Kebangsaan  adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan  lagi potensi individu  secara menyeluruh  danbersepadu untuk mewujudkan  insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi  dan jasmani berdasarkan  kepercayaan  dan kepatuhan  kepada Tuhan. Usaha ini adalah  bagi melahirkan  rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab  dan berkeupayaan  mencapai kesejahteraan  diri serta memberi sumbangan  terhadap keharmonian  dan
kemakmuran  keluarga,masyarakat  dan Negara.

Bagi mencapai hasrat murni di atas pihak Kementerian  PelajaranMalaysia telah mengaris Dasar-dasar  penting bagi menjayakannya.Dasar-dasar  ini dibina mengikut perkembangan  dan peredaran  semasa.Sebelum  itu, elok rasanya kita mengetahui  apakah visi dan misi utama pihak Kementerian  Pelajaran Malaysia.Visi Kementerian  adalah SEKOLAH UNGGUL  PENJANA GENERASI TERBILANG  mana kala misinya pula, MEMBANGUN  POTENSI INDIVIDU  MELALUI  PENDIDIKAN  BERKUALITI.Selepas berakhirnya  Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan  (PIPP)  2006-2010 pihak Kementerian  Pelajaran Malaysia telah banyakmemperkenalkan  dasar-dasar  baru bagi memantapkan  lagi program sedia ada.Pengenalan  Dasar NKRA Pendidikan menumpukan perhatian kepada 4 sub-NKRA bagi meluaskan  lagi akses kepada pendidikan  berkualiti  dan berkemampuan.

Kepimpinan sekolah ,pihak Jabatan Pelajaran juga tidak ketinggalan pihak Kerajaan  Negeri yang sentiasa komited dan memberikan sokongan  padu memastikan  pendidikan  sentiasa menuju kepada
matlamat  diidamkan.

Pembaca yang dihormati,Kementerian  Pelajaran Malaysia  juga telah menambah beberapa dasar penting bagi memartabatkan  bidang pendidikan  di Negara ini.Antara  dasar-dasar  baru yang dikenalkan  adalah:

KSSR yang dimulai pada 2011
MBMMBI  dijalankan  bagi menggantikan  PPSMI
l Murid 1 Sukan
PBS
KSSM yang akan dimulakan  pada 2013

MBMMBI adalah singkatan  kepada Memartabatkan  Bahasa Malaysia Memperkukuh  Bahasa Inggeris. Dasar  ini dijalankan  bagi menggantikan  program yang pada suatu masa dahulu  dikenali  dengan PPSMl. Pengenalan  dasar baru ini tidak dijalankan  secara  drastik tetapi secara ansur-ansur  atau diistilahkan  softlanding.

Sokongan dan keperihatinan  dalam memartabatkan  institusi  pendidikan di sekolah ini.Segala-gala  terletak  di tangan para pendidik,mengemudi,menjadi  pelopor,  dan pencetus  serta penjana transformasi pendidikan  Negara. Bidang koakademik  dan aktiviti kokurikulum  telah menaikkan  nama negeri di pesada antarabangsa  pada akhir tahun lalu.Tahniah  dan Syabas kepada semua pihak yang menjelmakan  kejayaan  cemerlang  dan manis ini.

Sesungguhnya usaha mesti diteruskan  untuk kejayaan  lebih cemerlang pada masa hadapan.Azam  kita ialah sedaya upaya memanfaat  segala ilmu dalam dada dan mengemblengkansegala  tenaga dan sumber  yang diperuntukkan  oleh kerajaan  kepada kita demi merakyatkan kecemerlangan  kesegenap pelosok Negara merentasi  daerah, negeri dan wilayah.

Sekian,
Terima kasih

Seuntai Kata Dari Blogger MBMMBI SKLHS



Selamat datang ke laman blog MBMMBI Sekolah Kebangsaan Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor

Laman portal ini di wujudkan untuk menghubungkan pihak pentadbiran sekolah dengan guru, murid, ibubapa dan juga pihak luar.

Pihak pentadbiran sekolah akan berusaha mengemaskini maklumat mengenai aktiviti aktiviti berkaitan sekolah serta hebahan hebahan lain untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi antara warga sekolah secara amnya.

Ibubapa boleh ikut kami samada melalui fanpage Facebook melalui carian MBMMBI SK Lok Heng Selatan pada kekunci anda.

Saya berharap semoga dengan kemudahan portal Web Blog ini dapat di gunakan sebaik mungkin oleh semua warga sekolah untuk kepentingan dan kemajuan sekolah ini .

Sekian. Terima Kasih

Seuntai Kata Dari Ketua Panitia Bahasa Melayu



Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kita diketemukan. Sesungguhnya pendidikan adalah jentera utama Negara yang memikul amanah suci membina bangsa 1 Malaysia. Bangsa 1 Malaysia yang wajahnya telah digarapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Setiap warga pendidik di sekolah ini bertanggungjawab menjulang dan membangunkan SK Gembut menjadi sebuah organisasi yang akan melahirkan anak bangsa yang berupaya menyempurnakan agenda pengisian wawasan pendidikan dan semakin dihargai dan diyakini oleh ibubapa dan masyarakat.

Setiap guru wajib menjalankan tugas Kurikulum, HEM dan Kokuriklum di samping berperanan memantapkan sahsiah pelajar dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran.

Dalam menempuh dunia pendidikan yang semakin maju dan mencabar ini, guru-guru perlu melengkapkan diri dan membuka minda untuk menerima pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perubahan dan perkembangan pesat dunia pendidikan masa kini. 

Amalkan budaya kerja sepasukan dan sentiasa berinteraksi serta berkomunikasi dengan baik dan berhemah kepada semua lapisan murid, ibu bapa, rakan sekerja, Guru Penasihat, Guru-Guru Penolong Kanan dan Guru Besar. Guru yang kreatif dan proaktif akan sentiasa mampu memberi alternatif penyelesaian kepada sebarang persoalan dan masalah.

Dengan kewujudan blog MBMMBI SK Lok Heng Selatan diharapkan dapat menjadi wadah intelektual bagi menghubungkan warga pendidik SKLHS amnya.

Sekian. Wassalam.
Selamat Menjalankan Tugas

Seuntai Kata Dari GPK Koko



Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris merupakan dasar untuk membangunkan potensi modal insan demi mencapai perpaduan negara dan berdaya saing dalam dunia.

SK Lok Heng Selatan merupakan sebuah sekolah yang terletak di luar bandar. Kami sebagai warga pendidik memegang amanah dan bertanggungjawab penuh untuk mendidik anak-anak murid kita agar menjadi seorang insan yang berkeupayaan demi menghadapi cabaran hidup pada masa hadapan berpadukan rasional MBMMBI.

Sehubungan dengan ini, kami telah mewujudkan satu pasukan guru  yang profesional, bersifat kolaborasi, berkomitmen untuk melaksanakan MBMMBI untuk kejayaan negara dalam mencapai Wawasan 2020.

Kerjasama dari ibu bapa dan ahli komuniti setempat  amat perlu untuk menjayakan segala rancangan dan program sekolah dalam pengurusan MBMMBI. Berharap dengan visi dan misi yang sehala kami boleh merealisasikan matlamat yang ditetapkan.

Seuntai Kata Dari GPK HEM



Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada jawatankuasa MBMMBI SK Lok Heng Selatan atas usaha merealisasikan Laman Blog Citra MBMMBI sekolah ini.

Dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pendidik amat penting. Pembentukan keperibadian murid yang mampu berdaya saing dalam era teknologi maklumat dan globalisasi, menjadikan peranan pendidik semakin mencabar. Justeru, sudah seharusnya para pendidik khususnya di SKLHS ini memperlengkap diri dengan pelbagai pengetahuan, berdaya juang yang tinggi di samping berkemahiran mendepani cabaran.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laman blog ini. Semoga segala usaha murni, tenaga dan komitmen yang dicurahkan dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasa bahasa Inggeris dalam kalangan warga SKLHS.

Seindah Ucapan Dari GPK 1



Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Saya merakamkan ucapan syabas kepada jawatankuasa MBMMBI sekolah ini atas usaha dan amanah untuk menjayakan program MBMMBI. Saya penuh yakin dan percaya, komitmen dan iltizam yang tinggi dalam kalangan jawatankuasa MBMMBI sekolah ini akan tercetus pelbagai usaha dan perancangan yang penuh bermakna dan terperinci bagi memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasa bahas Inggeris murid-murid di SK Lok Heng Selatan

Dengan adanya sumbangan, bantuan dan pendapat daripada guru-guru SKLHS, pihak PIBG SKLHS dan ibu bapa, segala perancangan MBMMBI akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Perancangan dan pelaksanaan progarm MBMMBI haruslah seiring dan seimbang agar dapat menjamin kecemerlangan yang berkesan dan berterusan selaras dengan visi dan misi SKLHS.

Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih dan selamat berkongsi maklumat.

Digraph ch, Phonics Game

How To Make Full Use Of Your School Holidays


So your exams are over and the school holidays are here. What are you going to do?

It's a great time to sit back and relax after all the stress caused by your exams. While some of your friends have great plans for this  school holidays, you may have made no plans at all. If so, we would like to recommend the following.

1. Relax And Recuperate!


For those of you who have worked very hard for your exams and are stressed out, it is high time for you to take time off your school studies.

Make use of your school holidays to calm your nerves and reduce your stress level. You will feel better and more full of drive and energy when school reopens.

So how to calm your nerves? Read our second suggestion below.

 2. Take Up An Adventure!


For those of you who love adventures, this is a good time to take up an adventure. For example, you may join a school camp, an around-the-island bicycle ride or a treasure hunt. You may even visit an outer island or a foreign country.

Such adventures not only take your mind off your school work and reduce your mental stress, they also pump more excitement into your life. You will get to learn new skills such as setting up a camping tent, meet new friends or learn more about your classmates, and acquire new knowledge such as the lifestyle of an islander or a foreign citizen.

At the end of the adventure, you may even wish for more adventures!

3. Pursue Your Interests!


 In the midst of studying, you may not have much time for your other interests, such as reading, singing, boat rowing, flower arrangement, or taking up a computer course.

Your school holidays will be a good time for you to pursue your interests. It will make you feel that your life is meaningful and rewarding, as well as pump more zest into your life.

For the time being, school work is out of your mind and your stress level will naturally go down.

4. Volunteer Your Time!


With a few weeks of school holidays, you will have plenty of time on your hands. Thus, it is a good time for you to look around you and realise that there are many people who are less fortunate than you. They include the elderly who are staying in homes for the aged, the handicapped, mentally retarded children, and orphans staying in orphanages.

 You may wish to become a volunteer and offer your time to take part in some social work. This could include visiting homes for the aged and putting up some performances for them. It could also include collecting unwanted newspapers from residential areas for sale to raise funds for the needy.

By taking part in such volunteer work, you could contribute your time and effort towards helping the needy. It could turn out to be a most rewarding experience for you.

5. Catch Up With Your Family And Friends!


Every one of us is involved in our own personal affairs everyday. Amidst all this, we sometimes neglect the important people around us, including our family members and friends.

 For example, while studying for your exams, you might not have spared enough time for your parents, brothers and sisters. You might be too preoccupied with your own studies that you did not realise that your family members might have needed you most at that time.

Your action may have even caused them hurt. Recall how your parents have taken great care of you all this while, and how your brothers and sisters have helped you in many ways too.

What you can do now is to try and catch up lost time with them. Show your care, concern and appreciation towards them. It may mean as little as helping with the housework while your parents are working. It may mean as easy as helping your brothers and sisters with their school projects. This will not only make your family more united, it will also make them realise that you also cherish them.

Remember, though, that you should not stop doing so once school reopens!

6. Clear Up Your Room!


Did you create a big mess of your rooms while preparing for your school exams? Did you throw your books all over the place, dump your belongings in all corners, and forget to clear your waste paper baskets? Then this is a good time to start clearing your room if you are guilty of the above.

 A tidy and clean room is conducive to living and studying. It also shows how much you respect yourself and your family members. Your family members will greatly appreciate it if your room is neat and clean when they bring their friends home. So will your friends when they suddenly pay you a surprise visit!

7. Take Up A Vacation Job!


You can take up a vacation job during your school holidays. This will allow you to gain valuable working experience, including gaining new job skills, learning how to interact with people, and understanding how difficult it is for your parents to work and support you.

You may even wish to try a job similar to what you wish to do when you graduate. This will allow you to get a feel of how your future job may be like, and you can decide whether it is suitable for you or not.

Of course, the extra cash you will earn at the vacation job will also bring you satisfaction, because you have worked for it!

8. Catch Up On Your Studies!


Last but not least, if you have not worked hard enough in your previous semester, or are still lagging behind your classmates despite your hard work, you should make use of your school holidays to catch up with your school work.

 Nobody said studying is easy, but if you are willing to spend more time on your studies, you will achieve good grades in time to come. Remember the golden rule,"Practice makes perfect!"

Why Is English Important?

Lagu


LAGU

Sunday 11 November 2012

MBMMBI imbangi penguasaan dua bahasa utama


Teks ucapan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai soft-landing PPSMI

Hasil kajian lapangan dapati murid sukar fahami pengajaran Matematik, Sains dalam BI 
KERAJAAN pada 2009 mengambil keputusan memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). 


Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Manakala di sekolah menengah, bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Julai 2009 juga membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan soft-landing.

Berdasarkan keputusan berkenaan, Kementerian Pelajaran pada 2010 menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada 2011 yang mana murid Tahun Satu pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia pada semua peringkat persekolahan, kementerian juga memutuskan bermula 2012, pelajar Tingkatan Satu akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. 
Bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan Satu bermula tahun hadapan menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak mereka yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak.

Selepas mengambil kira pandangan ibu bapa, Kabinet pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan Satu bermula tahun hadapan.

Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima.

Perlu diperjelaskan di sini juga, murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam pada 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan; bahasa Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa Inggeris, bahasa Tamil atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan jemaah menteri pada Julai 2009.

Bagi murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu murid Tahun Dua hingga Tingkatan Lima tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI sehingga tamat Tingkatan Lima dapat melegakan hati ibu bapa. Kerajaan yakin dengan keputusan ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan terjejas.

Dengan pendekatan soft-landing ini, pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada 2021.

Kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah sudah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia.

Dapatan kajian menunjukkan, kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Manakala pada peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

Berdasarkan dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

Hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Murid mengambil masa lama untuk memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran terbabit. Masalah seperti ini bukan saja dialami sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Di bawah dasar MBMMBI, kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Antara inisiatif terbabit ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisiatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.

Kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Minda Pengarang: Ketegasan mansuh PPSMI demi kepentingan masa depan pelajar


KETIKA kontroversi isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hangat dibincangkan, pihak yang mahu opsyen mengekalkan PPSMI mengetengahkan beberapa hujah bagi menguatkan pendirian mereka. Antaranya ialah bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan jika bahasa itu diabai di sekolah, anak akan ketinggalan dalam arus kemajuan. Kita bersetuju bahawa hujah ini mempunyai merit. Tiada siapa boleh menafikan bahasa Inggeris berkembang pesat dan menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.

Malah jika kita menjelajah ke mana-mana negara sekali pun, kita tidak akan sesat jika boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan majikan, terutama syarikat pelbagai nasional, mahupun syarikat tempatan yang menceburi pasaran antarabangsa mahukan kakitangan masing-masing fasih bertutur dalam bahasa terbabit. Pengajian pada peringkat universiti dalam apa-apa bidang sekali pun memerlukan penguasaan dalam bahasa Inggeris.
 
Di atas kesedaran ini, Kementerian Pelajaran menerusi Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) turut memberi tumpuan kepada usaha menambah baik penguasaan bahasa antarabangsa itu dalam kalangan pelajar, baik pada peringkat rendah mahupun menengah. Malah seperti ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada sidang medianya semalam, pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif akan dilaksanakan agar penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dipertingkatkan lagi. 


Sebenarnya, jika pihak yang memperjuangkan PPSMI bersikap jujur, mereka harus akui hakikat bahawa sejak dilaksanakan pada 2003, PPSMI tidak langsung memberi kesan terhadap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris. Sebaliknya, kebanyakan pelajar tidak pula dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan terus ketinggalan. Menyedari kelemahan ini dan demi kepentingan masa depan anak, kerajaan terpaksa bertindak mengatasi masalah ini dengan memansuhkan PPSMI dan memperkenalkan MBMMBI.

Namun langkah ini yang sudah bermula tahun ini pada peringkat Tahun Satu di sekolah rendah, dilakukan secara berhemah dengan terus memberi pilihan kepada pelajar yang sudah melalui PPSMI menghabiskan pelajaran mereka dalam bahasa Inggeris hingga di Tingkatan Lima. Kita yakin kaedah ‘soft-landing’ ini tidak akan mengakibatkan kecelaruan dalam sistem pembelajaran dan tidak akan menyulitkan mana-mana pelajar. Sikap kerajaan dalam menangani isu ini, walaupun tegas terbukti mengambil kepentingan semua pihak dan berikutan itu harus menutupkan debat mengenai PPSMI ini.

Sektor kewangan wajar martabat bahasa Melayu - (12-11-11)


BNM diminta tingkat penguatkuasaan surat pekeliling

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa sektor kewangan dan insurans mematuhi pekeliling mengenai penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang kewangan bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. 

Timbalan Perdana Menteri, berkata sejak 1997 kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan beberapa surat pekeliling meliputi semua urusan surat menyurat dan dokumen, selain dokumen komprehensif seperti kontrak, perjanjian dan polisi insurans atau sijil takaful perlu disediakan dalam satu bahasa. 
Sehubungan itu, katanya, BNM diharap meningkatkan penguatkuasaan terhadap pekeliling berkenaan. 


Beliau juga menyarankan BNM serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melakukan pengauditan bahasa ke atas institusi kewangan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui penarafan bintang. 

“Pengauditan ini perlu dilakukan ke atas tahap dan mutu penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan institusi dan syarikat. Penarafan ini akan menjadi kayu ukur kepada pencapaian institusi kewangan dari segi penggunaan bahasa,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada majlis perasmian Simposium Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan dan Insurans di Auditorium Sasana Kijang, BNM, di sini, semalam. 

Muhyiddin juga berharap Kementerian Kewangan menyesuaikan pemakaian pekeliling perkhidmatan ‘Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam’ yang dikeluarkan 28 Oktober lalu kepada sektor kewangan termasuk GLC. 
Selaras dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), katanya, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dipengerusikan oleh beliau pada 30 November tahun lalu. 

Katanya, Jawatankuasa Kecil Kewangan dan Insurans dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dianggotai beberapa bank, pertubuhan bukan kerajaan, tokoh bahasa dan DBP diharap berperanan merancang program kebahasaan dan memantau penggunaan bahasa dalam sektor kewangan. 

“Saya menggesa institusi kewangan supaya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat terhadap bahasa kebangsaan. Saya tidak nampak penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor kewangan akan mendatangkan masalah besar,” katanya.